Thursday, 24 December 2009

Himmah yang tinggi

Bismillah.
Satu perjalanan antara perjalan-perjalan yg lain baru sahaja berlalu. Ibarat semalam ku rasa melabuhkan kaki ke bumi Glasgow. Bumi yang banyak mengajar ku tentang tarbiyah. Di sana jua kuteladani dan kuinsafi diri ini yang akan kembali jua kepadaNya. Banyak ibrah yg diperolehi dan moga2 ibrah ini menjadikan aku untuk terus kuat berusaha untuk akhirat kelak. Dunia ini ibarat ladang akhirat. Di sini kita bercucuk tanam untuk menuai hasilnya di akhirat kelak..

Di sini kite bersusah payah untuk mengenal dan melakukan apa yg diperintahkanNya kepada kita:

51:56'Tidak Aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepada Ku'
2:30 ' Dan (ingatlah) ketika tuhanmu berfirman kepd para malaikat "Aku hendak menjadikan khalifah di Bumi".

Sekiranya kite soruti dengan lebih lanjut surah al-Baqarah, 2:208: Allah mengkehendaki kita masuk islam secara 'Kahhhhfah' yakni menyeluruh. Bukan ambk sikit2 dan hanya mengikut hawa nafsu kita semata-mata kerana sesunggunya hawa nafsu(keinginan) membawa kita ke jalan kerugian.

25:43-44'sudahkah engkau melihat orang yg menjadikan keinginannya sebagai tuhannya.Apakah engkau akan menjadi pelindungnya. atau apakah engkau mengira bahawa kebanyakan mereka itu mendengar atau memahami? Mereka itu hanyalah seperti haiwan ternak, bahkan lebih sesat jalannya'

Teruk sekali Allah menyamakan orang2 yng menjadikan hawa nafsu sebagai Tuhannya dengan binatang bahkan lebih dari itu lagi.

Kita harus sedar biar pun kita kata kita sudah islam dengan solat, puasa, haji, zakat dan syahadah, namun jika kita masih lagi mengikut dan mengamalkan cara hidup barat umpamanya dari segi pakaian, bercouple, tontonan kita, apa yg kite dgr, adakah kita benar2 masuk islam secara menyeluruh?? Bahkan sesetengah dari kite x pernah berusaha nak mencari erti islam yg sebenar. Adakah cukup dgn islam warisan ini? atau bagaimana islam yang sebenarnya.. Sudahkah kite hafal dan praktis ayat2 cinta Allah yakni al-quran? Adakah kita sedar dan tahu akan rasul yg kita cintai dengan lebih mendalam? atau kita hanya berkata 'cukuplah dengan apa yang aku tahu, cukup ngan 5 perkara tu je la.' Tepuk dada, tanya iman, tanya hati dan tanya akal kita. Kita perlu ingt setiap dari kita akan dipertanggungjawabkan ke ats setiap perkara yg kite lakukan.

Sekadar peringatan bersama..

Hamba yang mencari Mardhotillah

No comments: