Monday, 15 February 2010

Iman = hati + lisan + PERBUATAN

Bismillah..

Sentences for today were taken from Fizilal Quran, translation of the Surah Al-Ma'un.


'Seseorang Muslim boleh mengaku dengan lidahnya bahawa dia adalah seorang Muslim yang beriman kepada agama Islam dan ajarannya. Ia mungkin mendirikan solat dan melakukan ibadah- ibadah yang lain dari solat, namun hakikat keimanan dan kepercayan terhadap agama ini masih jauh darinya, kerana hakikat iman itu mempunyai alamat-alamat yang membuktikan kewujudannya. Selama alamat-alamat itu wujud, maka keimanan dan kepercayaan pun turut tidak wujud walaupun lidahnya mengaku dan walaupun ia pun berbuat ibadat.

Hakikat mempercayai agama bukannya kata-kata yang dituturkan dengan lisan, tetapi ialah satu perubahan dalam hati yang mendorong seseorang melakukan kebaikan dan kebaktian kepada saudara sesama manusia yang memerlukan pemeliharaan dan naungan.Allah tidak menghendaki kata-kata dari manusia, tetapi Allah mahukan tindakan-tindakan yang mengotakan kata-kata mereka. Tanpa tindakan, kata-kata itu kosong sahaja, tidak mempunyai sebarang nilai di sisi Allah.'

2:44: 'Mengapa kamu menyuruh orang lain (mengerjakan) kebajikan, sedangkan kamu melupakan dirimu sendiri, padahal kamu membaca Kitab (Taurat)? Tidakkah kamu mengerti?

61: 2&3: ' Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? (Itu) sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan.'

Pesanan untuk diri dan semua yang sudi membaca..Moga Allah pilih kita dan insan2 yang kita sayangi untuk terus tsabat di laluan yang diredhaiNya sehingga kita bertemu denganNya..

No comments: