Wednesday, 10 February 2010

SOLAT MENCEGAH PERBUATAN MAKSIAT

Bismillah

SOLAT MENCEGAH PERBUATAN MAKSIAT DAN MUNGKAR
(dush2x ~terkena diri sendiri)

Membaca buku Keakhawatan 4 ~Tarbiyah Ruhiyah karya Cahyadi Takariawan Wahid Ahmadi menjadikan ku banyak mengetahui hakikat setiap amal ibadat yang kita lakukan..
Bermula dari penerokaan hati hinggalah bab yang ku baca kini, yakni bab solat.

Perkara yang mungkin nampak enteng dan mudah, bahkan kadang kala manusia hanya melakukannya ala kadar sahaja.

Sedangkan hakikatnya solat itulah tiang agama kita. Tiang yang kalau tiada, boleh runtuh rumah tersebut.

Berbalik kepada tajuk ku di atas, SOLAT MENCEGAH PERBUATAN MAKSIAT DAN MUNGKAR. Kita tahu hakikat ini kan. Namun betulkah itu yang terjadi? Kenapa kita masih sama seperti dulu lagi, walaupun solat namun perbuatan keji tetap tidak mampu ditinggalkan.

Menyingkap buku ini dengan lebih lanjut barulah ku sedar dan tahu rupanya jika perkara di atas yang terjadi, kita masih kurang menghayati solat kita..Menghayati solat??? Maksudnya kita masih belum lagi memahami setiap apa yang kita lafazkan di dalam solat, bahkan kata2 yang dilafazkan itu masih belum lagi mampu untuk masuk ke hati.. Melekat di situ dan meninggalkan kesan yang amat mendalam diri dan setiap perbuatan kita..

Rasulullah SAW bersabda' Sesungguhnya solat itu ibarat sungai yang berada di samping pintu (rumah) seseorang yang airnya banyak dan bening dan penghuninya setiap hari mandi lima kali, Apakah kalian melihat ada kotoran yang tersisa?' (H.R Ahmad)

Apabila kita solat, kita mendekatkan diri lagi kepada yang Esa, menjadikan setiap amalan yang kita lakukan hanyalah mengharapkan ampunan & Redhanya, mengabdikan diri kepadaNya dan perasaan takut akan azabNya yang tidak terperi. Perasaan inilah yang akan menjadikan kita jauh dari perkara2 yang dilarang Ilahi. Perasaan yang menunjukki kita jalan bertemu denganNya..


Marilah kita sama2 reflek diri kita sendiri.. Apakah solat kita benar2 mencegah dari perbuatan keji dan mungkar?

Wallahuahlam..

P/S:

Sekiranya antum di luar sana terutama sahabat2 ku melihat ku jauh dari apa yang ku tulis dalam entry ini dan entry2 yang sebelumnya, teguri lah diriku.. Sangat2 risau seandainya diri ini tidak melakukan apa yang dikata kerana sesungguhnya itu amatlah dibenci Allah (61:2).

No comments: