Sunday 16 August 2009

UTM - bertemu lagi kita

Alhamdulillah semalam kami anak beranak bergerak ke utm johor untuk konvo abg ku. Alhamdulillah ku bersyukur sgt, adik2 beradik kami semuanya telah berjaya menghabiskan satu stage study dalam hidup kami ini dengan tamatnya sesi konvo abg ku semalam.
Perjalanan yang agak memenatkan dengan rumah tumpangan yang tidak beberapa proper namun ku bersyukur. Allah memberi kepada kemudahan yang cukup banyak.kekurangan itu mungkin satu ujian buat kami, menuntut kami untuk lebih bersyukur dan mengetahui ada lg mereka yg lg susah dari kami dan hidup dlm keadaan yg lbh buruk dari umah tumpangan yg kami pergi.

Semalam among kenangan yg terindah buat kami anak beranak.. hehehe.. having so much fun to have 3 people in my family to graduate at one time. insyaAllah i will upload the pic. but not today since i need to edit the pic.

Semalam jua ku berniat untuk bertemu dengan sahabat2 lama ku di utm, hubungan ini masih kukuh terjalin, hingga kawan ku yg sorunk tuh nak g jemput ak kat dewan konvo tuh. Namun Allah jua yg lbh mengetahui apa yg terbaik. Semalam hujan trn ngan lebat sms dan slps mjls konvo. Dek kerana keadaan cuaca dan kami sekeluarga perlu balik malam tuh jua, jadik xdpt berjumpa ngan mereka.. Xpe la.. the next time, insyaallah!!

Semalam jua, ku rasa rindu sangat nak solat berjemaah di masjid. Rasa tenang sgt berada di rumah Allah itu. Semalam ku solat magrib terus jamak dengan isyak. Oleh kerana menunggu kakak2 ku dan ibu ku menyelesaikn solat, ku sempat mendengar alunan azan dan imam membaca ayat2 suci Allah. Subhanallah sangat2 menusuk kalbu.

Pelbagai muhasabah yg ku perolehi utk semalam, bukan shj apa yg ku alami namun jua apa yg sempat ku dgr. namun biarlah ia menjadi rahsia antara kami sekeluarga.. Alhamdulillah tarbiyah Allah tu pelbagai. Bersyukur dan berdoalah moga Allah berikan kite pengajaran utk kita amati dan kita apply dlm hidup kita.

No comments: