Thursday 28 January 2010

Cinta

Bismillah.

Cinta..susah juga mau diungkap..
perasaan yang datang tanpa dipinta..
Namun hanya hijab ilahi yang membutuhkan diri untuk tidak terus
hanyut dan terleka...

Sedih mengenangkan hati ini masih penuh cinta akan dunia..
Cinta akan sesuatu yang menghalang dari terus menggapai cinta ilahi.
Takut andai diri terkena penyakit wahan.. zon selasa hidup di dunia..

Daripada Tsauban r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda; “Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka”. Maka salah seorang sahabat bertanya “Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?” Nabi s.a.w. menjawab, “Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit ‘wahan’.”

Seorang sahabat bertanya, “Apakah wahan itu hai Rasulullah?” Nabi kita menjawab, “Cinta pada dunia dan takut pada mati.”
(Riwayat Abu Daud)

Carilah cinta yang sebenar..Cinta berteraskan Ilahi..Kerana aku cintakan Ilahi maka aku mencintai mu.. Cinta yang sama2 ingin menjadikan diri lebih dekat kepada yang Esa..Bukan cinta yang sebaliknya..

Berhati-hati lah dengan hati ini kerana As-syaitan akan sentiasa mencucuk untuk kita jauh dari Ilahi..Mengaburi dengan cinta yang palsu..Membisikkan diri dengan cinta yang membawa binasa..

24:21 'Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syitan. Barangsiapa mengikuti langkah-langkah syaitan, maka sesungguhnya dia (syaitan) menyuruh mengerjakan perbuatan mungkar. Kalau bukan kerana kurnia Allah dan rahmatNya kepadamu, nescaya tidak seseorang pun di antara kamu bersih (dari perbuatan keji dan mungkar itu) selama-lamanya, tetapi Allah membersihkan siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Mendengar, Maha Mengetahui'

‘’ya Muqallibal Quluub, Tsabbit Quluubana ‘Alaa Deenik Wa Alaa Too Atiq’’..

No comments: