Sunday 3 January 2010

Viva Palestine.. Mari kite bantu mereka saudara kita

Thursday, December 31, 2009
Rayuan sumbangan utk menampung kos tambahan convoy Viva Palestina 3 yang dihalang oleh Mesir





Kata2 dr Dr. Hafidzi Mohd Noor, Pengarah PACE

p/s: Boleh jugak visit this website utk derma:
http://www.vivapalestina.org/emergency.htm

Assalamualaikum,

Convoy Viva Palestina ke Gaza kini berhadapan dengan masalah pengangkutan kerana halangan dari Mesir. Convoy yang sepatutnya berlepas dari Aqaba, Jordan dan memasuki Mesir (Semenanjung Sinai) melalui pelabuhan Nuweiba, kini terpaksa berpatah balik melalui Syria. Mesir hanya membenarkan convoy memasuki Mesir dari pelabuhan al-Arish. Oleh kerana pelabuhan ini kecil, convoy terpaksa menggunakan 3 buah ferry di samping terpaksa menggunakan perkhidmatan udara untuk mengangkut sebahagian dari barangan bantuan.

Rakyat Malaysia turut menyumbang kepada convoy ini dengan menyerahkan 9 buah ambulan bersama muatan ubat-ubatan (4 ambulan dari VPM, 2 dari nya dari PACE/JIM dan 5 dari inisiatif Tun Mahathir). Perubahan perjalanan telah menambah beban kos kewangan (kira-kira USD500,000 lagi diperlukan) kepada convoy.

Atas nama persaudaraan Islam dan kemanusiaan sejagat maka PACE menyeru agar ahli-ahli JIM dapat menggerakkan kempen menampung kos tambahan convoy Viva Palestina 3 atas nama persaudaraan Islam dan kemanusiaan sejagat. Penduduk Gaza sedang menderita kekurangan makanan dan ubat-ubatan akibat sekatan ekonomi dan kepungan yang sudah menjangkau 3 tahun. Bantuan yang diusahakan oleh Viva Palestina yang terdiri dari 240 ambulan dan pelbagai kenderaan yang penuh dengan ubat-ubatan dan keperluan asas yang lain sangat penting untuk dijayakan. Jika convoy ini gagal untuk menyampaikan bantuan ini, maka krisis yang dihadapi oleh penduduk Gaza akan semakin mendalam dan mencapai tahap kritikal.

PACE menyarankan agar kempen ini dipacu di peringkat daerah dan negeri. Mohon supaya kempen penerangan berupa sesi ceramah disusun di surau-surau, mesjid, sekolah-sekolah dan pejabat-pejabat. Mohon koordionasi dilakukan melalui PPE (Peg Perhubungan Negeri perhubungan antarabangsa JIM). PACE akan menyediakan bahan-bahan sokongan yang boleh membantu seperti bahan penyampaian (PP) dan bahan-bahan kempen yang lain.

Bagi orang ramai yang hendak menyumbang boleh berbuat demikian melalui akaun Maybank 562209608847 atas nama Pertubuhan Jamaah islah Malaysia. Sila faks bank in slip ke no 03-41071754. Sumbangan juga boleh disalurkan terus kepada Viva Palestina spt butiran maklumat yang menyusul di bawah.

Mohon seruan ini disambut oleh semua. Sila hubungi Sdr Nasir Tampol (Peg Eksekutif) di no. 03-41089669/0143110628 untuk maklumat lanjut

Dr Hafidzi Mohd Noor
Pengarah
PACE

No comments: